Postingan

Resepi Durian Cotton Cake Sangat Sedap

Gambar
Assalamualaikum & selamat petang buat semua...

Musim durian sudah mari kan?? Hah kawan2 semua nak tahu, hari2 dessert saya ada durian, hahaha. Semalam makan durian lava cheesecake, pastu buat lagi durian cotton cheesecake ni. Siapa tak suka durian, memang pengsannn sekejap...

Lama juga saya tunggu musim durian ni, dah lama sebenarnya musim tapi harga bukan main mahaalll...tunggu harga murah sikit baru saya beli, tu pun bukan murah tau. Beli 3 biji saiz kecil durian sultan harga sampai RM90...nak juga isi yang manis beli sajalah..kalau Musang King memang tak dapatlah harga memang kaw2 mahal, tak jalan bisnes nanti, hahaha.

Tapi memang berbaloi beli durian yang isinya manis, buat apa2 dessert atau menu pun semua puas hati. Lagi2 buat kek, tekstur yang cottony..fuhhh i'm speechless....kek pun tak dapat nak posing sebijik sebab dah kena potong semalam, tak sabar punya kes..hihi.

Well, hari ni saya tak boleh nak cerita lama2 sebab bateri laptop dah nak weak, malas nak caj..haha...so ki…

Resepi Apam Mentega Sangat Sedap dan Mudah

Gambar
Assalam....

Share resepi apam pulak kali ni ya. Alhamdulillah memang sedap apam mentega ni, resepi perkongsian dari rakan fb kak Ida Osman.

Terima kasih kak ida kongsi resepi ni, memang sedap...saya panjangkan lagi perkongsiannya disini...

Resepi yang simple & mudah saja nak buatnya. Rasa apam ni seakan-akan rasa kek sarang semut aka kek gula hangus. Maybe sebab apam ni pun menggunakan gula yang diperangkan dalam adunannya. So kalau suka makan kek sarang semut, inshaallah akan suka rasa apam ni.

Ingatkan resepi ni menggunakan yis kering seperti apam2 yang lain. Rupanya menggunakan soda bicarbonate saja sebagai ejen penaik. Cantik & lembut juga kejadinnya. Warnanya pun cantik juga kan??hihi

So kepada yang rajin, jangan lupa mencuba resepi ini :)

Resepi Apam Mentega
Bahan2nya:
A
125g gula pasir80g air80g mentega
B
70g gula pasir2 biji telur140g tepung gandum1 sk (sudu kfc) baking soda, ratakan135g susu segar
Cara2 membuatnya:
1. Masak gula dari bahan A hingga perang. Masukkan air, biarkan gu…

Resepi Classic New York CheeseCake

Gambar
Assalam & selamat petang buat semua...

Apa menu minum petang hari ini??? Hari ni saya ber'menu' kan cheesecake. Amboii menambah koleksi lemak sekali-sekala apa salahnya kan, hihi.

Lama tak bake cheesecake, teringin pulak...

Kali ni saya pilih nak buat New York Cheesecake versi yang agak classic. Tektur yang lebih berkrim, lembut & menggunakan campuran biskut  untuk 'crust'nya.

Resepi ini diadaptasi dari resepi Rich New York CheeseCake by Chef Alex Goh yang pernah saya cuba pada entri terdahulu. Resepi yang dijamin sedap & inshaallah menjadi.

Saya  lebih suka crust cheesecake yang rangup & bertekstur bila digigit. Tidaklah rasa bosan bila memakannya kan. Fillingnya pula haruslah berkrim & not overbaked.

Ya overbaked....bukan senang untuk hasilkan perfect cheesecake bukan??? Cheesecake yang dimasak dengan sempurna bila siap dibakar tepi2nya sudah mengeras tetapi bila loyang digoyangkan sedikit bahagian tengah kek masih agak 'sof't' but not '…

Resepi Biskut Makmur Paling Sedap

Gambar
Assalam & selamat sejahtera buat semua...

Seperti yang dijanjikan, saya akan share sekali lagi resepi biskut makmur sabah yang sungguh sedap diblog kesayanganku ini :)

Resepi yang saya pelajari sekian lama dari nenda tersayang, Generosa Montanez, tq so much nay :)

Proses nak membancuh biskut makmur ni tidaklah susah sangat tapi bab nak membulat-bulatkannya tu memang sampai menguap...hihi

Kali ni saya kongsikan resepinya berserta video tutorial yang ringkas. Kredit to my daughter Ary allysha, tq 4 helping sayang :) Kualiti video taklah pro, ala 80's gitu, hihi...diharap sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 semua ya :)

Untuk resepi biskut makmur yang lepas, klik SINI...

Resepi Biskut makmurBahan2:
A
1 kg tepung gandum, disangai hingga gebu
B 200g mentega200g minyak sapi
C 500g kacang tanah, digoreng & ditumbuk kasar200g gula kaster
D 200g susu tepung250g gula aising
Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A, B & C hingga menjadi doh.

2. Bulat-bulatkan doh tadi. Susun atas dulang pembakar.

3.…

Resepi Biskut Cerelac Sabah Paling Sedap

Gambar
Selamat petang buat semua...


Kali ni entri resepi biskut lagi. Macam rayalah pulak kan, hehe. Semenjak dua menjak ni memang suka sangat makan biskut. Kali ni saya nak share salah satu biskut popular di Sabah iaitu biskut cerelac.

Saya memang penggemar biskut yang bersusu seperti biskut cerelac ni. Lemak2 manis & rapuh bila digigit...sedapppp!!!

Rasa biskut ni lemak lebih kurang seperti Biskut jintan  cuma tiada jintan hitam atau habbatus sauda dicampurkan dalam adunannya. Bahan untuk adunannya sama mudah, cuma bahan salutan dicampurkan dengan nestum cerelac & susu nespray...memang bertambah lemak, hehe.

Kepada yang gemar biskut bersusu seperti saya, bolehlah mencuba resepi biskut cerelac ni, inshaallah sedap. Boleh juga mencuba resepi2 biskut Sabah yang lain seperti, biskut makmur sabah, biskut jintan & batang buruk.

Selamat mencuba semua...

BISKUT CERELAC SABAH
Bahan2nya:
A
125g mentega250g minyak sapi165g gula aising
B
600g tepung gandum200g tepung ubi
C
1/2 cawan susu nespray1/2 ca…

Resepi Chocolate Souffle Cheese Cake

Gambar
Salam sejahtera buat semua...

Hari ni rajin sikit buat kek. Buat chocolate souffle cheesecake pula kali ni. Memang terlajak sedapp yooo!!! Sendiri buat sendiri puji, tak malu betul kan, haha..

Tekstur kek ni agak moist & nyaman bila dimakan. Rasa coklatnya amat terasa. My kids pun cakap sedap kek ni. Saya guna dark chocolate untuk resepi ini, tapi kalau nak guna milk chocolate pun boleh tak ada masalah.

Resepi ini saya olah dari resepi Green tea souffle cheesecake yang pernah saya cuba dahulu. Alhamdulillah menjadi dengan sempurna & sedap sekali.

Kepada kawan2 yang dah terliur tu bolehlah mencuba sendiri ya, inshaallah dijamin sedap :)

Chocolate souffle cheesecake
Bahan2nya:
A
200g dark chocolate230g cream cheese100g susu segar30g butter
B
35g tepung gandum35g tepung jagung
C 5 biji kuning telur
D 6 biji putih telur120g gula kastor1/4 sk cream of tar2

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dengan kertas minyak.

2. Satukan bahan A &…

Resepi Jemput-Jemput Cheese Sedap

Gambar
Salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Pernah dengar tak menu jemput2 cheese, cekodok cheese atau cheese fritters???Hehe...hari ni blurr xtau nak sedia apa untuk breakfast my kids. Pisang tak ada, roti dah abis, biskut dah abis, nak masak mi malasnya tahap gaban...hahaha...so my kids request nak makan jemput2 kosong yang selalu saya buat utk drg. Hmmm tengok dalam peti sejuk ada banyak lagi cheddar cheese, ok anak2 jom try buat jemput2 cheese pulak.

Punyalah tak sabar drg ni, memang excited part parut2 cheese atas jemput2 tu. Nasib baik anak2 dah besar so bolehlah bagi sikit tugas untuk drg. Lagipun drg dah tau my rules, rajin makan kena rajin tolong & bersihkan sekali. Hehehe...

Part paling best, mestilah bab makan kan...alhamdulillah sedapppp!!! Lain kali sure akan masak jemput2 dengan topping cheese ni lagi, laju drg makan. Resepi pun memang sangat mudah. Inshaallah budak2 yang picky eaters pun akan suka.

Oh ya, nak lagi lembut boleh guna buttermilk. Selamat mencuba semua…