Resepi VERTICAL DEVIL'S FOOD CAKE ala indulgence

Salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Dari tadi post gambar ni dalam facebook, pasti ramai yang dah terliur kan? hehe. Lambat sikit dapat update resepinya sebab Mr. husband tengah busy guna laptop, saya kena tunggu giliran.

Yalah, sebab kitaorang share laptop berdua...siapa guna dulu, yang sorang lagi kena tunggu, hehe. Tapi tak mengapalah sebab saya ni jarang guna, sekadar edit gambar, update blog...itu pun jarang ya amatlah, berhabuk blog saya, kesian...baru saja ni nak lap2 sikit habuk tu, hehe...
Resepi VERTICAL DEVIL'S FOOD CAKE

Hari tu saya dah try buat Vertical Red Velvet Cake, kali ni buat  Vertical Devil's Food Cake pulak, rajin sungguh saya ber'vertical' kan...haha. Sebenarnya hari tu saya buat devil's food cake ni utk customer, husband terliur pulak so saya buat lagi satu bijik utk makan. Alang2 rajin dah datang, apalagi buat ajelah versi vertical ala2 indulgence gitu...

Resepi VERTICAL DEVIL'S FOOD CAKE
Sedap ya ampun....dikala semua orang tengah hot dengan 'kek hantu' yang viral tu, saya tetap setia dengan kek hantu yang ini...kihkihkih...kek paling hantu ni...

Lagi sekali saya minta maaf ya semua sebab tak cukup masa nak ambik gambar step by step cara2 nak buat vertical tu, yalah mana nak siapkan tempahan sambil layan my baby..huhu...segalanya harus pantas seperti super sonic...

Oklah semua, mari kita lihat resepinya pula...

Vertical Devil's Food Cake


Kek:
A
  • 170g butter, suhu bilik
  • 200g gula kaster
  • 2 sk esen vanila

B
  • 3 biji telur, gred A/ C (diayak)
  • 227g tepung superfine
  • 50g serbuk koko
  • 1 1/4 sk soda bicarbonat
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk garam

D
  • 1 1/2 cawan buttermilk

E
  • 1/4 cawan mayonnaise
Resepi VERTICAL DEVIL'S FOOD CAKE

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Masukkan B satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C & D berselang seli. Gaul rata.

4. Akhir sekali, masukkan bahan E. Gaul rata.

5.Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack.


Ganache:
500g dark chocolate, dicincang
400g whip cream
2 sb butter, suhu bilik

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim hingga berbuih pada tepi2 periuk. Matikan api.

2. Tuang krim atas coklat yang dicincang. Biarkan sebentar & gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.

3. Masukkan butter, gaul rata. Tutup guna plastic wraper & simpan dalam peti sejuk hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk disapu pada kek.


Chocolate mousse:
500g uht whipping cream
100g gula aising
100g ganache

Cara2 membuatnya:
1. Pukul krim & gula aising hingga kembang.

2. Masukkan ganache & gaul guna handwhisk. Kalau masih cair boleh pukul lagi guna mixer tapi jangan terlebih pukul, cukup sampai krim kembang sahaja.


Cara2 menyusun kek:
1. Ambil kertas, buat bulatan atas kertas ikut saiz loyang yang digunakan. Gunting & lakarkan lagi beberapa bulatan yang semakin kecil saiznya pada kertas itu. Pastikan jarak setiap satunya sama saiz. Saya buat 7 bulatan. Bermakna ada 7 lapisan kek & krim semuanya. Pastikan bulatan yang luar & paling dalam adalah lapisan kek.

2. Keluarkan kek yang telah sejuk dari loyang. Potong sedikit atasnya supaya rata. Letakkan kertas atas kek. Gunakan kertas yang dilakar tadi sebagai panduan. Potong kek guna pisau mengikut bulatan yang dilakar tadi. Setiap kali satu bulatan selesai dipotong, gunting kertas itu & potong pula ikut bulatan sterusnya.

3. Seterusnya, keluarkan lapisan kek dalam bulatan yang kedua & paipkan chocolate mousse dalamnya. Keluarkan pula lapisan kek yang keempat & paipkan ganache. Untuk lapisan yang keenam, paipkan semula chocolate mousse.

4. Sapukan keseluruhan kek dengan ganache & hiaskan ikut kreativiti. Sejukkan selama 2 jam sebelum dipotong.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Resepi Biskut Cerelac Sabah Paling Sedap

Resepi Biskut Batang Buruk Nestum

Resepi Biskut Makmur Paling Sedap